Berita UtamaDunia

Lagi kes keganasan senjata api di AS

Tiga orang kehilangan nyawa, 11 orang cedera di Philadelphia

WASHINGTON, 5 Zulkaedah 1443H, Ahad – Keganasan senjata api di Amerika Syarikat (AS) berterusan – terbaharu menyebabkan tiga orang kehilangan nyawa  dan 11 yang lain cedera.

Ia berikutan satu serangan tembakan berlaku di jalan popular di negeri Pennsylvania AS.

Kejadian itu dilaporkan tercetus hanya dua hari selepas satu lagi insiden tembakan maut di negeri Iowa.

Inspektor Polis D. F. Pace berkata, dua lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam serangan Philadelphia.

Katanya, pegawai yang bertindak balas terhadap insiden itu ‘memerhatikan beberapa penembak aktif menembak ke arah orang ramai.’

Pace menegaskan bahawa pegawai berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah salah seorang penembak, walaupun tidak jelas sama ada terkena atau tidak.

Media tempatan melaporkan tiada tangkapan dibuat.

Pace berkata, dua pistol ditemui di tempat kejadian, dan polis perlu menunggu sehingga pagi untuk menyemak rakaman kamera daripada premis perniagaan berhampiran yang ditutup pada malam Sabtu.

Terdahulu, pada Khamis, seorang lelaki menembak dan membunuh dua wanita di luar Gereja Cornerstone, timur bandar Ames, ketika program sedang berlangsung.

Ketua Timbalan Pejabat Syerif Daerah Story, Nicholas Lennie berkata, serangan itu kelihatan sebagai ‘insiden penembak tunggal’.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti motif serangan dan hubungan penyerang dengan mangsa juga tidak diketahui. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button