Berita UtamaDunia

Konservatif mahu kekejaman ke atas Uyghur diisytihar genosid

Kanada diminta tegas perjuang hak asasi manusia, meski korban peluang ekonomi

OTTAWA, 7 Rejab 1442H, Jumaat – Parti Konservatif menyeru Dewan Rakyat mengisytiharkan jenayah terhadap minoriti muslim Uyghur di China sebagai satu genosid atau pembunuhan beramai-ramai.

Langkah itu dilakukan bagi meningkatkan tekanan kepada pemerintah liberal untuk mengambil tindakan ke atas situasi yang berlaku di wilayah Xinjiang, China.

Usul itu tidak ‘mengikat’ pemerintah serta tidak menetapkan langkah selanjutnya yang harus dilakukan.

Undian berkaitan usul itu pula dijangka bermula pada Isnin ini.

Menjelang perbahasan pada Khamis, pemimpin Konservatif, Erin O’Toole berkata, satu isyarat mesti dihantar kepada rejim China.

“Dalam perkara seperti pembunuhan beramai-ramai, Kanada perlu mengirimkan isyarat yang jelas dan tegas bahawa kita akan memperjuangkan dan memartabatkan hak asasi manusia, walaupun ia terpaksa mengorbankan beberapa peluang ekonomi.

“Nilai kami tidak boleh dijual,” tegasnya.

Pakar undang-undang antarabangsa dan penyokong hak asasi manusia telah mengumpulkan dokumentasi selama hampir satu dekad terakhir berkaitan penganiayaan sistematik terhadap umat Islam Uyghur di China.

Pemerintah China didakwa menahan ribuan orang Uyghur di kem tahan serta mengindoktrinasikan mereka yang beragama Islam ke dalam masyarakat Cina arus perdana.

Kira-kira 80 peratus wanita yang mencapai usia subur di empat wilayah diduduki Uyghur menjadi sasaran pensterilan paksa.

Menurut laporan akademik Adeian Zenz dan Persekutuan Intra-Parlimen mengenai China (IPAC), wanita Uyghur dikenakan pengguguran paksa terutamanya jika tidak mematuhi syarat jarak kelahiran Parti Komunis China (CCP). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button