Berita UtamaDunia

Petani Palestin berdemonstrasi Zionis putuskan bekalan elektrik

Sebabkan operasi sektor penternakan, pertanian terjejas teruk

JERICHO, 7 Safar 1442H, Jumaat – Rakyat Palestin mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan Israel yang memutuskan bekalan elektrik selama tiga hari berturut-turut di kampung Al-Jiftlik di utara bandar Jericho dekat Lembah Jordan yang diduduki.

Dalam demonstrasi pada Khamis, para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin serta menuntut supaya bekalan elektrik disambungkan semula ke kampung berkenaan.

Ketua Majlis Kampung Al-Jiftlik, Ahmad Abu Ghanem berkata, sebahagian besar penduduk kampung bekerja dalam sektor pertanian dan penternakan yang memerlukan tenaga elektrik bagi menjalankan operasi mereka.

Ahmad berkata, Israel sering memutuskan bekalan elektrik di kawasan itu yang sekali gus menjejaskan sumber pendapatan para petani.

Israel berusaha selama beberapa tahun mengosongkan Lembah Jordan, yang merangkumi sepertiga dari kawasan Tebing Barat bagi memberi ruang kepada negara haram itu mentadbir Palestin.

Dalam perkembangan lain, rejim pengganas Israel pada hari sama turut memusnahkan kawasan pertanian Palestin, di timur bandar Deir al-Balah di Semenanjung Gaza.

Pada masa sama, rejim Zionis turut bertindak mengosongkan empangan yang berfungsi menadah air hujan, mengakibatkan kawasan pertanian terbabit banjir.

Selain itu, rejim Zionis juga meratakan kawasan pertanian menggunakan jentolak di timur bandar Wadi al-Salaqa dekat Deir al-Balah.

Sebelum ini, Israel sering menyusup ke kawasan Gaza dan meratakan tanah di Semenanjung Gaza, selain menembak petani Palestin yang berusaha mempertahankan tanah mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button