Berita Utama

Amaran ribut tropika

Kedudukan ribut sekitar 465 km ke Timur Davao, Filipina petang tadi

KUALA LUMPUR, 8 Rejab 1442H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.    

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu berada sekitar 465 km ke Timur Davao, Filipina pada 5 petang tadi.

“Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 72 km sejam (km/j),” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button