Artikel Khas

‘Ada idea bagus lontarkan, bukan hentam suka hati’

Agenda pemerkasaan bahasa adalah agenda nasional yang perlu disokong

AMBOI, dahsyat sungguh. Sampai sekarang Tan Sri Rafidah Aziz meroyan mengenai inisiatif kerajaan yang ingin memperkasakan bahasa kebangsaan.

Kali ini, beliau menghentam tindakan kerajaan berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam, termasuk urusan rasmi di peringkat antarabangsa.

Beliau sifatkan usaha ini sebagai ‘syok sendiri’ dan ‘gila’. Memang tak puas hati betul nampaknya.

Seperti biasa, beliau sebut ‘kejayaan’ beliau semasa zaman menjadi menteri dahulu. Entah apa yang hebatnya sangat pencapaian beliau pun saya tak tahu.

Saya rasa beliaulah sebenarnya yang ‘syok sendiri’.

Kononnya lagi (seperti biasa), seolah-olah penggunaan Bahasa Inggeris itulah faktor utama kejayaan dan kemajuan. Kita sudah hidup pada tahun 2022; zaman masing-masing bangga menonjolkan bahasa sendiri di peringkat antarabangsa.

Saya rasa beliaulah sebenarnya yang kolot.

Lagipun, saya tidak fikir langkah kerajaan ini akan meminggirkan Bahasa Inggeris seolah-olah pelabur-pelabur asing tidak boleh berkomunikasi dengan pegawai kerajaan dan akhirnya lari.

Sepatutnya agenda pemerkasaan bahasa adalah agenda nasional yang perlu disokong penuh. Jika ada cadangan dan teguran, utarakanlah dengan konstruktif. Bukannya menggelupur tak tentu pasal.

Saya harap agenda ini akan berterusan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Malah, patut dijadikan agenda utama setiap Perdana Menteri yang akan datang.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
31 Mei 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button