Berita UtamaDunia

Jepun temui varian baharu COVID-19

Kemunculan varian baharu dikhuatiri jejas keberkesanan vaksin sedia ada

TOKYO, 8 Rejab 1442H, Sabtu – Virus baharu COVID-19 telah ditemui di Jepun, dan disahkan oleh negara matahari terbit itu pada semalam.

Setakat ini, 91 kes varian itu dilaporkan di daerah Kanto di bahagian timur, manakala lagi dua kes dikesan di beberapa lapangan terbang negara itu.

Pegawai yakin bahawa varian baharu itu berasal dari luar negara, namun ia berbeza daripada virus yang kali pertama dikesan di Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

Sehingga kini, sebanyak 151 kes COVID-19 dilaporkan daripada tiga jenis virus terbabit di Jepun.

Pada masa sama, kemunculan varian baharu itu dikhuatiri menjejaskan keberkesanan vaksin sedia disebabkan Jepun baru sahaja memulakan program suntikan vaksin COVID-19 Rabu lalu.

Sementara itu satu kelompok baharu penularan COVID-19 dikesan di kemudahan tahanan imigresen di Tokyo.

Lima pekerja dan 39 tahanan warga asing kini menjalani kuarantin selepas diuji positif COVID-19.

Pihak berkuasa enggan mendedahkan kerakyatan tahanan yang dijangkiti virus terbabit.

Bagaimanapun kesemua 130 orang tahanan di kemudahan itu sudah menjalani ujian COVID-19. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button