Artikel KhasBerita Utama

Apa saja perkara berkait komunis, kenapa ultra kiasu DAP mahu pertahankan?

Semangat perkauman terus menebal, proses pencinaan totok terus berlaku

BENARKAH ultra kiasu DAP tidak ada kaitan dengan komunis? Isu Kampung Baru Cina ini bukan isu pertama, banyak isu lain, seperti sejarah komunis MPAJA yang mahu diiktiraf sebagai pejuang, pembinaan tugu komunis MPAJA di Nilai, komik komunis Superman Hew, pembawaan abu mayat komunis Chin Peng ke Sitiawan dan lain-lain lagi.

Sebenarnya, isu kampung baru Cina ini tidak sepatutnya dibangkitkan sama sekali langsung, apatah lagi untuk dicadangkan sebagai tapak warisan UNESCO. Ini kerana, kampung ini masih lagi baharu (1948), ketika darurat terpaksa  diisytiharkan, disebabkan oleh ancaman komunis. Sejarah kampung ini bukanlah suatu sejarah yang ‘baik’ untuk direkodkan sebagai satu warisan negara dan warisan dunia.

Ketika kampung ini diwujudkan pada tahun 1948, ia masih tidak dapat lari daripada pengaruh komunis, meskipun ia diisytiharkan sebagai kawasan putih dalam Rancangan Briggs. Pengaruh dan unsur komunis tetap ada dan tidak dapat dielakkan. Sebab itulah, kita lihat di kawasan Kampung Baru Cina ini di seluruh negara, agenda negara tidak dapat didaulatkan.

Semangat perkauman terus menebal. Proses pencinaan totok terus berlaku. Bahasa Melayu selaku bahasa negara terus dikesampingkan hingga ke hari ini. Jadi, apa istimewanya kampung ini sehingga mahu diberikan pengiktrafan antarabangsa, melainkan untuk menghidupkan semula ideologi komunis dan menjadi kampung ultra kiasu ini tidak boleh diusik?

Dalam kata lain, kampung ini tidak membantu pembinaan negara bangsa. Perpaduan terbantut. Proses pencinaan makin aktif. Tumbesaran kampung ini tidak sihat untuk rakyat Malaysia. Penduduknya masih tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan banyak masalah lain yang ditimbulkan, seperti gangster dan samseng.

Persoalannya, kenapa Menteri DAP begitu bersungguh untuk mencadangkan kampung dapat diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa. Apa agenda tersurat dan tersirat parti ulra kiasu DAP yang sedang memerintah hari ini? Sedang parti ultra kiasu ini tahu, isu ini adalah sesuatu yang amat sensitif dalam kalangan majoriti Melayu, terutamanya pejuang-pejuang Melayu yang sanggup bergadai nyawa untuk menentang komunis.

Sepatutnya pemimpin DAP berfikirkan secara matang bagaimana untuk memelayukan sedikit kampung baru Cina dengan agenda nasional, supaya mereka lebih mengenal bangsa majoriti, berasimilasi. Bukannya duduk dalam kepompong bangsa sendiri yang ekstrem. Pemimpin ultra kiasu ini sepatutnya juga berfikiran bagaimana untuk membudayakan bahasa Melayu dengan mengadakan kempen bahasa atau Melayu atau bulan bahasa Melayu di kampung Cina tersebut. Ini tidak, mereka semakin mahu mencinakan kampung baru Cina, supaya langsung tidak dikaitkan dengan majoriti. Caranya untuk kekal relevan dengan terus ‘mengkomuniskan’ kampung baru tersebut.

Inilah wajah sebenar DAP. DAP tetap DAP, ultra kiasu. DAP sengaja membangkitkan api kemarahan orang Melayu. Bukan DAP tidak tahu, DAP tahu, DAP sedar. Tetapi DAP sengaja mahu menjadi cauvinis Cina. Itu sahaja untuk dia kekal relevan. Pemimpin mereka hanya bercakap soal satu bangsa. Apa yang berlaku ketika sambutan 150 tahun bandar Taiping baru-baru ini, sudah terang lagi bersuluh. Bandar Taiping ini seolah-olah seperti bapak dia yang empunya. Agenda kebangsaan langsung tidak diangkat.

Kita ingatkan ultra kiasu DAP ini sudah mengambil pengajaran kejatuhannya apabila diberikan peluang memerintah selama 22 bulan dahulu. Tetapi, tidak begitu. DAP tetap DAP. Ultra kiasu tetap ultra kiasu. DAP tahu, jika dia tidak menjadi cauvinis Cina, dia tidak akan mendapat sokongan Cina.

Kita masih tidak dapat lupakan isu Kampung Sungai Terentang, Rawang. Ultra kiasu begitu mempertahankan kampung ini meskipun keputusan mahkamah menyebelahi TNB. Dalam kata lain, TNB mempunyai hak sepenuhnya untuk meneruskan Pembangunan pemasangan kabel elektrik berkuasa tinggi merentasi Kampung Sg Terentang tersebut. Tetapi Kumpulan ultra kiasu ini terus mempertahankan kampung baru ini, sehingga akhirnya TNB terpaksa tunduk kepada tekanan mereka.

TNB terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit kerana terpaksa mengalihkan tiang kabel elektrik. Hari ini nampak  kelakar, pergilah lihat di Kampung Sg Terentang, Rawang, tiba-tiba laluan tiang kabel elektrik, menjadi bengkok, hanya kerana takut dan mengelakkan kabel tersebut meentasi  kawasan kampung baru Cina.

Bayangkan, jika ditakdirkan itulah Kampung Melayu, ditentang macam manapun, projek kerajaan tersebut tetap akan diteruskan. Lebih-lebih, keputusan mahkamah tidak menyebelahi penduduk. Dalam hal ini, sah-sah keputusan mahkamah menyebelahi TNB, TNB tidak boleh berbuat apa-apa, melain tunduk kepada tekanan ultra kiasu.

Bandingkan dengan kes Kampung Desa Mukmin Warisan, Gombak, Selangor baru-baru ini. Penguatkuasa datang dengan ‘megahnya’ merobohkan surau di kawasan kerana mendapat perintah pihak berkuasa bagi memberikan laluan kepada projek ECRL. Penduduk dan pemimpin mereka hanya melihat dengan linangan air mata.

Kena kepada Melayu, laju sahaja tindakannya, tetapi bila kena kepada ultra kiasu, kita menjadi kecut perut dan tidak berani untuk bertindak.

Datanglah ke Ampang, stesen LRT terakhir Ampang. Berdekatan dengan kampung Melayu Ampang dan Kampung Baru Cina, di situ ada sebuah tokong yang menghalang projek lebuh raya SUKE. Jalan yang besar berhadapan dengan LRT Ampang, tiba-tiba menjadi sempit, hanya kerana pihak berkuasa tidak berani untuk merobohkan tokong yang berada di tengah-tengah jalan tersebut, sedangkan di situ sudah banyak tokong, berhampiran Kampung Baru Cina, Ampang. Tokong yang berada di Tengah jalan raya tersebut, kini seolah-olah menjadi sebuah pulau di tengah jalan. Pembangunan projek kerajaan ‘terbantut’ hanya kerana memberi laluan kepada permintaan dan desakan ultra kiasu.

Bayangkan jika itulah  surau atau masjid yang menghalang pembangunan, sudah tentu, sudah lama penguatkuasa datang untuk merobohkannya. Kita hanya dapat melihat dengan linangan air mata. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu, bumi pribumi itu sendiri.

Seperti yang saya sebut minggu lalu, mereka mendapat mengiktirafan, pribumi merempat dan menagih di bumi sendiri. Sampai bila kita mahu teruskan tindakan sebegini. Kita sebenarnya sedang menyimpan bara, bukan memadamkan api. Saya cukup bimbang, api tidak dapat dipadamkan sepenuh, bara masih menyala. Bara inilah yang paling saya takuti, jika terus disimbah dengan minyak, bara ini akan tiba-tiba menyala. Pada ketika itu, terlalu sukar untuk memadamkan bara tersebut, kerana  api telah merebak dan menyemarak.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button