Berita Utama

Kumpulan kedua vaksin Pfizer-BioNTech’s tiba 26 Februari

271,802 petugas barisan hadapan daftar untuk program vaksin

KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1442H, Ahad – Kumpulan kedua vaksin Pfizer-BioNTech’s COVID-19 akan tiba pada 26 Februari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan berikutnya akan tiba setiap dua minggu.

“Sebanyak 271,802 petugas barisan hadapan termasuk dari sektor kesihatan telah mendaftar untuk program ini,” katanya pada sidang media yang diadakan melalui Zoom hari ini.

Beliau juga mengatakan bahawa Program Imunisasi Nasional COVID-19 akan dimulakan pada 24 Februari, dua hari lebih awal dari jadual asal 26 Februari.

Ia akan menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima vaksin pertama, bersama dengan petugas barisan hadapan yang akan diinokulasi pada fasa pertama yang akan dijalankan hingga April.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button