Berita Utama

PM Muhyiddin, Dr Noor Hisham terima suntikan vaksin Rabu ini

Mulakan fasa pertama imunisasi lebih awal berbanding jadual asal

SEPANG, 9 Rejab 1442H, Ahad – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan digerakkan lebih awal daripada jadual asal.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya membuat keputusan untuk memulakan fasa pertama program imunisasi itu lebih awal berbanding yang dijadualkan pada 26 Februari.

“Kami buat keputusan permulaan program imunisasi COVID-19 diawalkan pada Rabu, 24 Februari dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan akan menerima suntikan vaksin pertama di Klinik Kesihatan Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech, di sini hari ini.

Turut akan menerima suntikan bersama-sama Muhyiddin dan Dr Noor Hisham pada Rabu ini adalah petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan bukan kesihatan, katanya.  – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button