Berita Utama

UMNO nafi dakwaan tolak kerjasama dengan PN, Bersatu

Sebarang kenyataan berhubung keputusan MKT UMNO tak sahih

KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1442H, Ahad – UMNO hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO menegaskan, pihaknya memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), kelmarin.

Katanya, sebarang kenyataan berhubung keputusan MKT UMNO adalah tidak sahih, melainkan datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepemimpinannya.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada dakwaan laporan media bahawa pemimpin UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU dan PN pada PRU-15.

Laporan yang memetik sumber dalaman parti itu dikatakan hasil pertemuan kepimpinan UMNO di Janda Baik, Pahang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button