Artikel KhasBerita Utama

Video murtad: Sengaja tular cabar Perlembagaan?

Umpama ‘test water’, buat kesalahan sebelum minta maaf

KECOH beberapa hari yang lalu isu berkenaan seorang warga Malaysia yang mempersendakan Islam dalam Perlembagaan. Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, ini bukanlah kali pertama dan ia juga bukanlah suatu perkara baharu dalam sejarah negara.

Sudah ramai yang melakukan perbuatan tersebut termasuk segelintir umat Islam sendiri yang mempunyai pemikiran terlalu liberal serta jahil dalam Islam, dengan sengaja menularkan video yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.

2. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan

dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu pada 25 Ogos 1957 yang juga dikenali sebagai “7 Wasiat Raja-Raja Melayu”.

Sejarah perundangan Kerajaan Negeri-Negeri Melayu yang wujud jauh lebih lama sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai mesej yang sangat mendalam dan sentimental bagi orang Islam dan Melayu.

3. Kewujudan Kanun Melayu Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Undang-Undang 99 Perak, perundangan di Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor adalah bukti kewujudan peradaban Islam menjadi sebuah kerajaan yang menjunjung syariah sebagai Law of the land di negeri-negeri tersebut.

4. Berikutan itu, pihak penguatkuasa agama negeri sering memantau dan membuat tangkapan ke atas mana-mana warga yang melakukan kesalahan syariah mengikut Enakmen Syariah Negeri seperti kes-kes khalwat, minum arak, penghinaan terhadap agama Islam mahupun kesalahan media cetak.

Sebagai contoh, kes pengharaman penerbitan buku atau penulisan menghina Islam termasuk Sisters in Islam (SIS), Siti Kassim atau Wan Ji.

5. Video kes warga Malaysia beragama Hindu yang dengan bangganya menyatakan proses memurtadkan orang Islam boleh dilakukan dengan begitu mudah, jelas menunjukkan bahawa tindakannya itu sebagai provokasi dan mencabar Enakmen Syariah Negeri atau Perlembagaan.

Selain itu, tindakannya itu juga boleh mengundang reaksi negative dari umat Islam di negara ini.

Sekiranya perkara itu tidak dikawal, maka ianya boleh merebak seterusnya menjadi punca rusuhan antara kaum.

6. Meskipun Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan; “…agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai (bukan “secara bebas”) dalam mana-mana bahagian Persekutuan, di sini jelas ada kaveat selepas frasa tersebut, iaitu dalam keadaan aman dan damai. Bukan semborono tanpa sandaran bahagian tersebut dimasukkan dalam Perlembagaan.

7. Pakar perundangan dan agamawan sering mengulas dengan menyebutkan, frasa itu bermaksud, antaranya ialah: “…walaupun agama lain dibenarkan diamalkan dalam Persekutuan kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum (majmuk) yang telah sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, ia juga menekankan bahawa (i) amalan agama lain selain Islam mesti diamalkan dalam keadaan aman dan damai (ii) tidak mengganggu agama Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana di awal frasa Perkara 3(1) berkenaan,”.

8. Kenyataan ini amat jelas dan harus difahami dengan betul.

Jika ada warga bukan Islam yang ingin mengahwini seorang warga Islam di dalam Malaysia, pasangan bukan Islam diwajibkan menukar agamanya kepada Islam terlebih dahulu.

Ini adalah peruntukan undang-undang yang sedia ada dan sudahpun berjalan dan dikuatkuasakan dalam negara kita.

9. Perkara yang membangkitan kemarahan umat Islam pada video tersebut ialah kenyataan dilakukan secara sedar apabila pelaku menghina Perlembagaan dan Enakmen Syariah Negeri, yang boleh dikenakan tindakan perundangan atau mahkamah.

Lazimnya, semua mengetahui setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri, mustahil ada negara yang tidak mempunyai sebarang undang-undang.

10. Mana-mana warga yang melanggar undang-undang, apatah lagi video berkenaan telah menimbulkan perasaan tidak senang, keresahan dan kemarahan umat Islam dengan sengaja, wajib diambil tindakan tegas disebabkan tindakan pelaku amat biadab dan mendukacitakan.

Seperti sudah menjadi satu trend ‘water test’, menularkan kelakuan terlebih dahulu dan sekiranya respon yang diterima negatif, pelaku segera memohon maaf meskipun kerosakan yang dilakukan mendatangkan impak besar terutama kepada minda generasi muda.

11. Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar mengambil langkah proaktif dan tegas terhadap individu-individu seperti ini dan dibawa ke muka pengadilan.

Seperti sebelum ini, pelaku mesti dijatuhi hukuman keras dan setimpal agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

12. Pesalah yang melakukan provokasi dalam masyarakat perlu diambil tindakan tegas dan keras.

Sekiranya tiada tindakan tegas, tidak mustahil akan timbul perasaan tidak puas hati dan mendorong kepada rusuhan.

Malah, insiden ini boleh menjangkau kepada tahap mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button