Tarbiyah

Zikir penghapus dosa

Setiap permulaan hari dibuka dengan lembaran mentauhidkan Allah

1. SETIAP kali bangun dari tidur, ucapkanlah zikir yang sering kita bacakan setelah selesai dari solat ini. Ini kerana, Rasulullah menjelaskan bahawa zikir ini berupaya menghapuskan dosa kita sekalipun sebanyak buih di lautan. Malah zikir ini melindungi kita dari hasutan syaitan.

2. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ،

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan sebanyak 100 kali zikir ini:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka pahalanya adalah seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis 100 kebaikan, dihapuskan 100 dosa kejahatannya dan dilindungi dari hasutan syaitan sehingga petang.” (HR al-Bukhari)

3. Hadis ini seakan memberikan kepada kita gambaran bagaimana Rasulullah berkehendakkan agar setiap permulaan hari kita dibuka dengan lembaran mentauhid dan menyucikan Allah. Pegangan yang kukuh kepada Allah akan menjauhkan diri kita dari hasutan syaitan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama Isma (MUIS) 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button