Berita Utama

Polis nafi keluar kompaun tak pakai pelitup muka di depan rumah

Warga emas berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam

SHAH ALAM, 25 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Polis menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumahnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika dikompaun Selasa lepas.

Dalam satu kenyataan beliau berkata polis mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berusia 65 tahun itu kerana berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang lelaki warga emas dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di hadapan rumah oleh anggota polis yang melakukan rondaan pada kira-kira pukul 11 pagi di Taman Eng Ann, Klang dekat sini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button