Berita Utama

NGO lapor polis dakwa buku teks Sejarah Tingkatan 4 diseleweng

Agungkan komunis, iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan

BANGI, 10 Rejab 1442H, Isnin – Wakil Gabungan NGO-NGO Melayu membuat laporan polis berhubung fakta di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa telah diselewengkan.

Laporan polis dibuat wakil Yayasan Kasih Tauhid – salah satu daripada gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) – Puan Seri Fatini Yaacob awal pagi tadi di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut wakil gabungan NGO-NGO tersebut, laporan polis itu dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci terhadap penerbitan buku ini dan mengharamkannya daripada menjadi buku teks para pelajar.

Dakwanya, buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM mengandungi unsur-unsur fakta yang telah dimanipulasikan dan memasukkan elemen Malaysian Malaysia dalam isi kandungannya.

Antara perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut ialah usaha mengagungkan pihak komunis dan mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan, dakwanya seperti dilapor Samudera.my.

Selain daripada memasukkan elemen komunis sebagai pejuang kemerdekaan, buku teks Sejarah tingkatan 4 itu juga mengangkat tokoh gerakan kiri nasionalis Melayu radikal dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan.

“Penerangan mengenai gerakan nasionalis radikal terlalu terperinci. Tajuk-tajuk berkaitan seperti Gerakan Nasionalis Radikal Melayu, Gabungan Putera-AMCJA, Sumbangan Nasionalis Radikal, Cadangan Putera AMCJA dan Perlembagaan Rakyat.

“Paling menonjol ada keratan akhbar HARTA yang berjudul Kemuncak Perjuangan Putera AMCJA yang dilihat tiada apa-apa signifikan kecuali untuk menerapkan ideologi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button