Uncategorized

Palestin rugi AS$1.5 juta gara-gara Israel buka empangan

Desak hentikan penindasan terhadap sektor pertanian di Gaza

BAITULMAQDIS, 10 Rejab 1442H, Isnin – Kawasan pertanian Palestin mengalami kerugian sebanyak AS$1.5 juta akibat kebiadaban negara haram Israel membuka pintu empangan sehingga menyebabkan banjir.

Kementerian Pertanian Palestin di Semenanjung Gaza berkata, Israel setakat ini telah membanjiri 700 dunum (172.7 ekar) tanah pertanian termasuk 600 dunum (148 ekar) di timur Gaza, manakala 100 dunum (24.7 ekar) lagi di timur Beit Hanoun.

Tambah kementerian itu, Israel telah membuka pintu empangan sebanyak dua kali pada bulan ini.

Justeru, kementerian itu meminta organisasi hak asasi manusia untuk segera campur tangan bagi mendesak Israel menghentikan penindasan terhadap sektor pertanian di Gaza.

Pada masa sama, negara penjajah itu telah membina beberapa buah empangan bagi menadah air hujan di sepanjang timur dan utara Semenanjung Gaza, selain menghalangnya daripada mengalir ke kawasan pertanian Palestin di Gaza.

Israel bertindak membuka pintu empangan apabila hujan lebat bagi membanjiri kawasan terbabit. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button