Berita UtamaDunia

Rejim negara haram terus bertindak kejam roboh rumah Palestin

Beri alasan sama kononnya bangunan dibina tanpa permit

BETHLEHEM, 10 Rejab 1442H, Isnin – Rejim pengganas Israel hari ini bertindak biadab merobohkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan dua gudang pertanian di selatan Tebing Barat yang diduduki.

Datuk Bandar Taqou di tenggara Bethlehem, Tayseer Abu Miqreh berkata, rejim Zionis menyerang utara wilayah itu selain merobohkan rumah seluas 160 meter persegi, yang masih dalam fasa pembinaan dan dimiliki oleh penduduk tempatan.

Rejim Zionis memberi alasan kononnya pembinaan itu dibina tanpa permit.

Sementara itu, di bandar al-Khader, dekat selatan Bethlehem, rejim Zionis merobohkan dua bangsal pertanian yang dimiliki penduduk tempatan dengan alasan sama, kata seorang aktivis, Ahmad Salah kepada pemberita.

Dalam perkembangan lain, jentolak Israel pada hari ini, memusnahkan dua buah kedai milik penduduk Palestin di Sur Baher, dekat Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Pemilik kedai berkenaan, Mohammad Tarshan berkata, tindakan Israel itu dilakukan tanpa sebarang notis.

Beliau berkata, premisnya dibina lebih daripada 50 tahun lalu.

Sebelum ini, negara haram Israel pada Oktober lalu turut merobohkan bangunan dua tingkat yang dibina Tarshan atas alasan ia dibina tanpa izin.

Warga Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki berkata, mereka terpaksa membina bangunan tanpa izin disebabkan Israel tidak pernah memberi permit kepada mereka.

Negara penjajah berpendapat tindakan itu adalah salah satu cara bagi mengusir penduduk Palestin sekali gus memberi peluang kepada mereka membina penempatan haram baharu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button