Berita UtamaIstimewa

Strategi MCA, DAP, Gerakan terus berjaya selagi parti Melayu berpecah

Rebut kuasa kerana harta, pangkat musnah bangsa dan negara

BANGI, 10 Rejab 1442H, Isnin – Meskipun berbeza pentas perjuangan, umum mengetahui parti berasaskan kaum – MCA, DAP dan Gerakan pejuang tegar kaum Cina.

Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor, Haji Mohd Tahir Hamdan berkata, apa yang menariknya adalah mereka memperjuangkan agenda bangsa Cina di pentas yang berbeza di mana DAP bersama PH, MCA bersama BN dan yang terbaru Gerakan bersama PN.

Katanya lagi, ketiga-tiga parti ini pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang sehingga kini, merekalah pelakon utamanya.

“Strategi yang mereka lakukan akan terus berjaya selagi mana parti-parti Melayu berpecah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Beliau berkata, menarik perhatian lagi apabila semua pemimpin parti Melayu adalah parti beragama Islam.

“Setiap hari Jumaat, khatib akan mengingatkan kita supaya jangan berpecah belah kerana ukhwah adalah asas agama Islam.

“Sesungguhnya perebutan kuasa kerana harta dan pangkat akan memusnahkan bangsa dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button