Berita Utama

UMNO gali kubur sendiri jika bagi kerusi Melayu pada MIC

'Silap percaturan bala menanti, tanpa ketegasan akan diperkotak-katik'

BANGI, 10 Rejab 1442H, Isnin – UMNO tidak boleh tunduk dengan tuntutan MIC yang mahukan kerusi boleh dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sekiranya desakan MIC dituruti, pastinya parti Melayu itu akan terus dipertikai, kerana rakyat bertegas tidak mahu kawasan majoriti Melayu diserah kepada parti bukan Melayu.

Tinjauan Ismaweb.net mendapati, rata-rata netizen sebulat suara mendesak UMNO menjaga kerusi Melayu, tidak melepaskannya dengan apa alasan sekalipun.

Pengguna media sosial dikenali sebagai Saiful Azuan berkata, UMNO ibarat menggali kubur sendiri pada PRU15 sekiranya sanggup ikut permintaan MIC berhubung perkara itu.

Rokiah Kasim pula menegaskan bahawa calon Melayu perlu dipertaruhkan di kawasan majoriti Melayu.

“Cukup-cukuplah melayan MIC atau MCA. Saya sendiri tidak akan undi MIC atau MCA jika calon mereka diletak di kawasan saya yang majoriti Melayu!,” tegasnya.

“Kalau tak cerdik jangan jadi pemimpin sebab ini mempertaruhkan masa depan agama dan bangsa. Kerusi ini bukan satu perkara yang boleh di tawar-menawar.

“Silap percaturan bala menanti. Tanpa ketegasan akan mudah diperkotak-katik. Itulah peranan penyatuan ummah.

“Bina kekuatan umat Islam. Bersatulah dan jangan berbalah sesama Islam sebab kita niat membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia,” demikian pula kata Habib Abd Rahman.

Sementara Abdul Razak Mohd Sanif menggesa MIC berusaha untuk tawan kerusi bukan majoriti Melayu, bukan ambil mudah dengan menuntut kawasan Melayu.

“Jangan layan. Usaha sendiri bina sendiri sokongan,” katanya.

MIC dilaporkan akan menuntut kerusi-kerusi yang boleh dimenangi pada PRU15 daripada UMNO bagi membolehkan mereka berada kembali di dalam kerajaan khususnya di negeri.

Presidennya, Tan Sri S Vigneswaran berkata, seperti mana dilakukan oleh MIC pada dua pilihan raya sebelum ini dengan menyerahkan kerusi milik MIC kepada UMNO, maka parti itu juga berhasrat untuk berbuat demikian pada pilihan raya akan datang.

Dakwanya, pada PRU14 lalu, UMNO juga tewas di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi, maka pada PRU akan datang, MIC perlu diberikan ruang bertanding di kerusi-kerusi boleh dimenangi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button