Dunia

Wabak COVID-19 dijangka pulih awal tahun depan

Masalah timbul apabila individu ambil vaksin berada dalam kelompok 'mereka' tak terima vaksin

COPENHAGEN, 10 Rejab 1442H, Isnin – Wabak COVID-19 yang kini sudah meragut nyawa 2.46 juta penduduk dunia dijangka akan berakhir awal tahun 2020.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi gambaran meskipun virus masih merebak, tetapi hakikatnya lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge mengingatkan, dalam keadaan sekarang, tiada sesiapa dapat mengetahui keadaan sebenar COVID-19 pada masa depan.

Beliau berkata, mutasi adalah perkara biasa dan virus terbabit sedang cuba menyesuaikan diri dengan individu dijangkiti, namun kebimbangan masyarakat awam ialah penularan mutasi secara pantas.

Beliau berkata, vaksin boleh diubah suai berdasarkan mutasi baharu jika perlu, tanpa perlu kembali dibangunkan dari mula.

Namun, mutasi tidak akan menjadikan virus itu berada di luar kawalan, justeru ia perlu diberi perhatian serius.

Kluge menegaskan, masalah terbesar akan dihadapi apabila ada golongan telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan mereka yang tidak menerima vaksin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button