Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Berita kanak-kanak tak dibenar masuk pusat beli-belah palsu

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah masih boleh masuk cuma tak digalakkan

KUALA LUMPUR, 11 Rejab 1442H, Selasa – Berita mengenai kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki pusat beli-belah atau kedai makan di pusat beli-belah seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atau Hotline DCC COVID-19 IPD Kuantan, Pahang menafikan ada mengeluarkan kenyataan atau poster berkaitan Penguatkuasaan Undang-Undang SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti itu.

“Polis IPD Kuantan menjelaskan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sebaliknya hanya tidak digalakkan.

“Namun masih dibenarkan mengunjungi pusat beli-belah atau kedai makan dengan mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa pada 19 Februari lalu,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button