Berita UtamaDunia

Gaza terima 20,000 dos vaksin dari UAE

Keutamaan untuk petugas kesihatan dan pesakit kronik

GAZA, 11 Rejab 1442H, Selasa – Gaza menerima 20,000 dos vaksin Sputnik V Russia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Pegawai kesihatan Gaza mula mengeluarkan vaksin hari ini, dengan keutamaan bagi pekerja perubatan dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.  

Ramai pesakit dihubungi terlebih dahulu dan diminta untuk memberikan persetujuan

Pemberian vaksin ini adalah usaha yang dilakukan pesaing Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Mohammad Dahlan, yang berpusat di negara Teluk, lapor Reuters.

Langkah Dahlan, yang dipecat oleh Abbas dari parti Fatah satu dekad yang lalu dan dipaksa untuk diasingkan, dilihat oleh penganalisis sebagai usaha untuk memperoleh mata menjelang pilihan raya Palestin yang dirancang pada akhir tahun ini.

“Penghantaran itu adalah tawaran murah hati dari UAE yang bersaudara. 

“Kami berjanji kepada orang ramai akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan lebih banyak lagi bekalan vaksin,” kata Dahlan, yang telah lama dianggap bakal pengganti Abbas, di Facebook.  

Sebelum ini, Gaza menerima 2,000 dos pertama Sputnik V pada hari Khamis, yang dikirim oleh pemerintah Abbas setelah pihak berkuasa pendudukan Israel meluluskan pemindahan melalui sempadannya dengan wilayah tersebut.

Gaza, wilayah yang dua juta penduduknya miskin, telah mendaftarkan lebih daripada 54,000 kes dengan 543 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button