Berita UtamaDunia

Israel tahan 20 warga Palestin termasuk anggota Hamas

Perisikan Israel pernah ancam pemimpin Hamas jangan bertanding pilihan raya

RAMALLAH, 11 Rejab 1442H, Selasa – Rejim pengganas Israel menahan 20 warga Palestin dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Jurucakap Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Amani Sarhana berkata, antara mereka yang ditahan adalah tokoh berpengaruh.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang lain ditahan telah dipanggil pihak perisikan Israel untuk disoal siasat.

Sementara itu, penduduk tempatan berkata, anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) terkemuka, Mustafa al-Shannar yang juga seorang pensyarah di Universiti An-Najah, ditahan ketika serbuan di kediamannya di bandar Nablus, Tebing Barat

Al-Shannar sebelum ini pernah ditahan oleh tentera Israel.

Sebelum ini, Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza memperingatkan pelan Israel untuk mengadakan kempen penangkapan besar-besaran terhadap kumpulan penentang menjelang pilihan raya Palestin tahun ini.

Bulan lalu, anggota kanan Hamas, Hatem Naji Amr dan Omar Barghouthi memberitahu Anadolu Agency bahawa mereka diancam penjara oleh perisikan Israel sekiranya mencalonkan diri dalam pilihan raya akan datang.

Rakyat Palestin dijadualkan untuk mengundi dalam pilihan raya legislatif pada 22 Mei, pemilihan presiden pada 31 Julai dan Majlis Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pilihan raya perundangan terakhir diadakan pada 2006 yang mana Hamas memperoleh majoriti. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button