Berita Utama

Lelaki India murtadkan isteri berada di luar negara

Suspek dipercayai tak berhubung dengan ahli keluarga sejak tiga tahun lalu

KUALA LUMPUR, 11 Rejab 1442H, Selasa – Lelaki warga tempatan beragama Hindu yang mengaku memurtadkan wanita Islam warga Indonesia, dalam sebuah video tular, baru-baru ini dipercayai berada di luar negara.

Menurut sumber, berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil keterangan daripada ahli keluarga lelaki berbangsa India berkenaan ketika serbuan dijalankan, pasangan suami isteri itu dipercayai tidak lagi menetap di negara ini.

“Suspek dipercayai sudah tidak berhubung dengan ahli keluarganya sejak tiga tahun lalu.

“Bagaimanapun, lokasi sebenar keberadaan lelaki itu tidak dapat dipastikan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan, sebelum ini mendedahkan pihaknya menyerbu sebuah rumah di Perjiranan Dato Onn, sekitar jam 9.50 malam pada hari Khamis.

Beliau berkata, lelaki yang mendakwa sudah memurtadkan wanita Islam itu sudah dikenal pasti namun ketika serbuan dia tiada di rumah berkenaan.

Katanya, kes video itu sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, wanita berkenaan mendakwa dia dimurtadkan atau keluar daripada Islam di negara asalnya iaitu Indonesia.

Video permohonan maaf tersebut dipercayai dirakam selepas serbuan polis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button