Berita UtamaDunia

Israel beri amaran pemimpin Hamas tidak sertai pilihan raya

Amaran dikeluarkan selepas kediaman Nayef diserbu rejim Zionis

BAITULMAQDIS, 12 Rejab 1442H, Rabu – Seorang pemimpin gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), diberi amaran oleh ejen perisik Israel supaya tidak mencalonkan diri dalam Pilihan Raya Palestin akhir tahun ini.

Nayef al-Rajoub, 63, berkata, beliau diserbu rejim pengganas Israel di kediamannya di bandar Dura, dekat barat Hebron.

“Seorang pegawai perisik kemudian mengancam saya untuk tidak mencalonkan diri dalam pemilihan raya yang akan datang,” katanya sambil menambah, beliau hanya dibenarkan bersuara dalam pilihan raya.

Nayef yang juga abang kepada pemimpin Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) terkenal, Jibril al-Rujoub mendapat undi terbanyak ketika Pilihan Raya Parlimen 2006, yang dimenangi oleh Hamas.

Ketika pemilihan pemimpin Hamas, beliau dipilih sebagai Menteri Wakaf Agama.

Beliau sebelum ini ditahan rejim Zionis dan menjalani hukuman penjara lebih daripada lapan tahun.

Sementara itu, rejim Zionis pada Selasa menahan 13 warga Palestin termasuk pemimpin Hamas, Faze Sawafta dalam serangan di Tebing Barat yang diduduki.

Hamas yang juga pemerintah Semenanjung Gaza sebelum ini telah memberi amaran bahawa Israel merancang untuk mengadakan tangkapan secara besar-besaran
terhadap kumpulan penentang menjelang Pilihan Raya Palestin akhir tahun ini.

Selama sebulan lalu, beberapa anggota Hamas ditahan ketika serangan Israel, di mana tindakan itu bertujuan mengganggu dan memberi kesan kepada Pilihan Raya Palestin.

Rakyat Palestin dijadualkan mengundi dalam pemilihan Legislatif pada 22 Mei, manakala pemilihan Presiden pada 31 Julai dan pemilihan Dewan Negara pada 31 Ogos. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button