Berita Utama

Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan di penjara Ecuador

Rusuhan tercetus ekoran pergaduhan beberapa geng dalam penjara

MEXICO CITY, 12 Rejab 1442H, Rabu – Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan di penjara di Ecuador, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik polis pada Selasa.

Rusuhan dilaporkan berlaku di penjara di Guayaquil, Cuenca dan jLatacunga. Terdapat beberapa kes pengawal penjara dijadikan tebusan tetapi mereka semua telah dibebaskan.

“Setakat ini pakar forensik melaporkan lebih 50 banduan maut,” kata polis di Twitter.

Rusuhan itu tercetus ekoran pergaduhan beberapa geng dalam penjara berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button