Pendapat

PEMBELA gerak Tabung Dana Perjuangan Pertahan Akidah dan Agama Islam

Bagi melawan 'strategic litigation' dibuat oleh pihak tertentu

SEJAK akhir-akhir ini, banyak kes-kes mahkamah yang melibatkan pencabaran enakmen undang-undang Islam, fatwa dan kedudukan Islam dari pelbagai aspek.

Dan pastinya akan ada lagi banyak pada masa hadapan kerana kita tahu ini adalah ‘strategic litigation’ yang dibuat oleh pihak tertentu. Malah, memang sudah ada buku manualnya (nanti saya kongsikan).

Pastinya bagi melawan ‘strategic litigation’ ini tidak cukup hanya berlawan di mahkamah, tetapi pelbagai langkah strategik perlu dari pelbagai aspek perlu digerakkan.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan dari pelbagai NGO dan peguam, kita berpendapat sudah tiba masanya untuk kita gerakkan tabung bagi misi ini sesama kita.

Namun, ramai juga orang awam mencadangkan perkara yang sama, maka kita buka peluang ini kepada umum.

Sumbangan boleh dibuat melalui:

Bank : Maybank Islamic
Nombor akaun : 5622 0967 6286
(Yayasan PEMBELA Muslim)

InsyaAllah, mudah-mudahan dana ini sedikit sebanyak dapat memberikan kita kekuatan untuk menghadapi arus ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
24 Februari 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button