Uncategorized

Perluas penempatan haram, Israel ratakan tanah di Baitulmaqdis

Turut haramkan penduduk Palestin ambil kembali tanah dirampas

BAITULMAQDIS, 12 Rejab 1442H, Rabu – Israel bertindak meratakan kawasan di bandar Abu Dis, Baitulmaqdis yang diduduki pada Selasa.

Ketua Jawatankuasa Pertahanan Abu Dis, Bassam Bahar berkata, tindakan itu dilakukan bagi memperluaskan penempatan haram.

Bercakap kepada pemberita, Bassam berkata, tanah seluas kira-kira 1,500 dunum (1.5 kilometer persegi) itu terletak berhampiran penempatan haram Kedar, yang dibina di atas tanah penduduk Abu Dis. 

Jelasnya, Israel bukan sahaja menghalang pemilik tanah daripada bekerja, malah turut mengharamkan mereka mengambil kembali tanah terbabit. 

Hal ini kerana, tanah berkenaan termasuk dalam rancangan penempatan haram Israel yang dikenali sebagai E1.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi lampu hijau bagi memulakan pelaksanaan projek rampasan tanah itu.

Tindakan Netanyahu mendapat kecaman hebat dari masyarakat antarabangsa kerana bakal mengakibatkan Tebing Barat terpisah menjadi dua kawasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button