Berita Utama

Polis ambik keterangan Aziz Bari isu darurat, Agong

Timbalan Pengerusi DAP Perak beri keterangan lebih sejam

IPOH, 12 Rejab 1442H, Rabu – Polis selesai mengambil keterangan Timbalan Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mengenai isu darurat dan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan secara langsung di laman facebooknya pada bulan lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mengambil keterangan Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi selama lebih sejam di Balai Polis Lahat di sini bermula pukul 11.45 pagi tadi.

“Rakaman percakapan Dr Abdul Aziz diambil bermula pukul 11.45 pagi hingga 1.00 tengah hari tadi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, siasatan dijalankan susulan terdapat laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu berhubung kenyataan dikeluarkannya menerusi siaran langsung di facebooknya berkaitan darurat dan Yang di-Pertuan Agong. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button