Berita Utama

Calon Ketua Menteri PN: Tak umum awal biar menang dulu

Strategi tak mahu dilihat rebut jawatan

AYER KEROH, 12 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Calon Ketua Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita tunggu Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang nombor satu buat pengumuman, kita sengaja tak umum awal biar kita menang dahulu.

“Di peringkat PN, kita tidak mahu dilihat parti yang tidak habis-habis hendak jawatan Ketua Menteri yang menyebabkan berlaku PRN Melaka.

“Kita bukan jenis itu, kita fokus politik khidmat,” demikian kata Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menjelaskan secara lanjut, beliau berkata, isu siapa calon Ketua Menteri Melaka bukan sesuatu yang menjadi keutamaan buat gabungan berkenaan.

“Tetapi ada kemungkinan masa terdekat kita akan umumkan (calon Ketua Menteri), kita tunggu.

“Hari itu saya sebut ada kemungkinan kita umum sebelum dan selepas. Strategi kita tidak hendak umum awal sebab tidak hendak dilihat merebut jawatan Ketua Menteri.

“Ada kekemungkinan kita akan umum dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Beliau pada masa sama, optimis rakyat di negeri itu memberi peluang kepada gabungan PN.

“Dari segi data-data kita dapati kebanyakan pengkaji pilihan raya kita boleh katakan saya tidak hendak kata kita selesa, tetapi yakin potensi itu ada.

“Kalau kita kata yakin confirm dapat (menang) itu terlalu selesa pula, bagi semua parti situasi ini adalah mencabar (parti) yang sombong pun kata cakap boleh berbincang. Jangan sombong awal,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button