Berita UtamaDunia

Flying Scotsman terbabit dalam nahas di Scotland

Lapan jentera bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian

EDINBURGH, 15 Rabiulawal 1445H, Ahad – Lokomotif wap Flying Scotsman terbabit dalam nahas selepas bertembung dengan satu lagi kereta api di Stesen Kereta Api Aviemore, di Cairngorms, Scotland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Stesen ini menempatkan Strathspey Railway, laluan yang membawa pengunjung menaiki kereta api wap di utara Scotland.

Menurut polis, dua orang telah dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga tetapi kecederaan mereka dipercayai tidak serius, kata polis.

Jurucakap Muzium Kereta Api Negara berkata: “Kami mengesahkan bahawa lokomotif wap Flying Scotsman telah terlibat dalam kemalangan di Stesen Aviemore. Kami masih mengumpulkan maklumat.”

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland menghantar lapan jentera ke lokasi kejadian dan menurut polis mangsa yang lain dirawat di stesen itu.

Seorang jurucakap polis berkata: “Kira-kira pukul 7 petang pada Jumaat, 29 September, kami menerima laporan mengenai dua kereta api bertembung pada had kelajuan yang rendah di Stesen Kereta Api Aviemore.”

Flying Scotsman dijadualkan untuk melakukan perjalanan pada hujung minggu ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button