Dunia

Pemantauan terhad, Yaman berdepan risiko gelombang kedua COVID-19

Hospital digesa siap siaga ambil langkah cegah penularan wabak

SANA’A, 13 Rejab 1442H, Khamis – Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Yaman – yang dikuasai pemerintah – memberi amaran risiko gelombang kedua penularan wabak COVID-19 di negara itu. 

Justeru, pemerintah menggesa hospital bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah mencegah penularan wabak berkenaan.

Difahamkan, ujian saringan dan pemantauan dilakukan secara terhad di negara bergolak itu, sehingga menyebabkan jumlah kes baharu meningkat dalam tempoh 10 hari terakhir setelah mencatat hanya dua kes sehari sejak September.

Jawatankuasa Tertinggi Darurat Kebangsaan – yang diiktiraf di peringkat antarabangsa – mengumumkan sebanyak 22 kes baharu pada Isnin dan Selasa. 

Yaman terbahagi antara pemerintah yang berpusat sementara di selatan, dan kumpulan Houthi yang digulingkan di ibu negara Sana’a pada akhir 2014. 

Pemerintah Yaman setakat ini melaporkan sejumlah 2,221 kes COVID-19 dengan 624 kematian. 

Sementara pihak berkuasa Houthi belum memberikan angka sejak Mei, ketika melaporkan hanya empat kes dan satu kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button