Dunia

Qatar, EU sumbang RM339 juta bantu pulih elektrik Gaza

Rancang bina loji jana kuasa ditukar kepada gas di wilayah terkepung

RAMALLAH, 13 Rejab 1442H, Khamis – Qatar dan Kesatuan Eropah (EU) berjanji menyumbang AS$60 juta (RM242 juta) serta AS$24 juta (RM97 juta) untuk membina saluran paip gas dari Israel ke loji kuasa di Semenanjung Gaza, menurut Perdana Menteri Palestin dalam satu kenyataan.

Janji itu dibuat ketika pertemuan secara dalam talian di antara Muhammad Shtayyeh dengan wakil Qatar ke Gaza, Mohamad al-Emadi dan wakil EU, Sven Burgsdoff. 

Shtayyeh menegaskan terhadap kepentingan projek itu bagi menyediakan keperluan tenaga elektrik yang lebih tinggi dan tiada gangguan dalam langkah menyelesaikan masalah di Gaza.

Kenyataan Perdana Menteri itu memberitahu bahawa mereka juga membincangkan rancangan membina loji jana kuasa Gaza untuk menukarnya menjadi gas. 

Semenanjung Gaza mengalami kekurangan bekalan elektrik yang teruk. 

Loji jana kuasa di wilayah itu hanya menghasilkan 60 megawatt dan bukan 140 megawatt, bergantung pada bahan bakar diesel yang mahal.

Gaza juga mengimport 120 megawatt dari Israel, namun keperluan sebenarnya untuk Gaza melebihi 500 megawatt. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button