Berita Utama

Bangsa lupa sejarah silam akan terus ulang kesilapan lampau

Kedah Tua bina ketamadunan awal Melayu sehebat Yunani, Parsi dan China

BANGI, 12 Rabiulawal 1444H, Ahad – Bangsa yang tidak menghayati sejarah silamnya akan terus mengulangi kesilapan lampau.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bangsa berkenaan sebagai rugi kerana lupa akan tinta lampau yang pernah dilalui.

Perkara itu merupakan luahan hati bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya setelah kecewa melihat sejarah Kedah Tua kurang diangkat generasi kini.

Padahal, katanya, Kedah Tua telah membina ketamadunan Melayu lebih awal daripada Melaka sehingga dikatakan sehebat Yunani, Parsi dan China.

“Pelbagai teori yang telah digali oleh para pengkaji dan ahli akademik mengenai sejarah lampau Kedah Tua.

“Namun banyak kesan ketamadunan Kedah Tua yang serba lama masih tidak ditemukan lagi kerana kurangnya sokongan dari pihak berkuasa di mana usaha ini perlukan dana yang sangat banyak.

“Saya percaya, bangsa yang melupakan dan tidak menghayati sejarah silamnya akan pasti akan terus mengulangi kesilapan lampaunya dan terus rugi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Aminuddin berkata, perkara itu berbeza dengan negara-negara lain terutamanya di Eropah.

Katanya, walaupun catatan sejarah mereka sudah banyak namun penyelidikan terus dijalankan bagi mengkaji ke garis masa yang lebih silam.

Katanya lagi, ini bagi mencari kesan-kesan kegemilangan lampau untuk menghidupkan jati diri bangsa mereka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button