Berita UtamaDunia

Kes Mahsa Amini: Sembilan rakyat Eropah ditahan dalam protes jalanan di Iran

Keganasan tak tunjukkan tanda reda, jumlah kematian makin bertambah

TEHRAN, 4 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Kira-kira sembilan rakyat Eropah ditahan dalam protes jalanan yang dicetuskan berikutan kematian seorang wanita dalam tahanan kerana didakwa tidak memakai tudung secara sempurna.

Pegawai perisikan membuat penahanan berkenaan yang dianggap pengintip organisasi sama ada dalam protes atau belakang tabir.

Keganasan yang memasuki hari ke-13 itu tidak menunjukkan tanda reda sebaliknya jumlah kematian semakin bertambah setiap hari.

Pasukan polis bagaimanapun tidak menyatakan lokasi penahanan berkenaan tetapi memberikan 10 contoh dikatakan sebagai penglibatan warga asing dan kumpulan pembangkang yang berpangkalan di luar negara dalam protes berkenaan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Poland, Sweden, Jerman, Itali, Perancis dan Belanda, kata Kementerian Perisikan Iran.

Katanya, Kedutaan Jerman, Perancis, Britain dan Sweden adalah antara yang diberi amaran berhubung penglibatan ‘ejen’ dalam protes antikerajaan.

Protes menyaksikan rakyat Iran terus menggunakan jalan raya sebagai medan menyuarakan rasa tidak puas hati, selain menggerakkan kempen melalui media sosial berikutan kematian seorang wanita dikenali sebagai Mahsa Amini.

Mahsa, 22, dilaporkan koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital di sini, sehari selepas ditahan pihak berkuasa sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes itu telah memberikan tumpuan kepada hak wanita di Iran.

Polis Iran bagaimanapun menolak dakwaan bahawa Mahsa dipukul dan menjelaskan wanita berkenaan jatuh sakit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button