Berita UtamaDunia

Negara haram Israel ambil alih 193 dunum tanah Palestin

Rampasan dilakukan bagi meluaskan penempatan haram

RAMALLAH,  14 Rejab 1442H, Jumaat– Negara penjajah Israel mengumumkan akan mengambil alih 193 dunum atau kira-kira 48 ekar tanah Palestin di kampung Deir Dibwan, di timur Ramallah dekat Tebing Barat yang diduduki.

Ketua kampung, Mansour Mansour berkata, rampasan tanah dilakukan bagi meluaskan penempatan haram Yahudi.

Beliau berkata, sebuah peta yang baru-baru ini diterbitkan oleh Israel menunjukkan seluas 193 dunum tanah di  kampung Rammun yang berdekatan, telah diambil alih oleh negara haram itu atas tujuan sama.

Tegasnya, dasar penyitaan tanah akan terus ditolak oleh rakyat Palestin, yang akan melakukan apa sahaja untuk menghentikan rampasan tanah.

Kira-kira 7,000 penduduk Yahudi tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki telah melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat yang melarang penempatan penjajah di negara yang dijajah. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button