Berita Utama

Rai keputusan mahkamah, puak songsang ‘pendek akal’

Malang golongan seks songsang tak faham undang-undang dunia, akhirat

BANGI, 14 Rejab 1442H, Jumaat – Keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan bidang kuasa badan perundangan negeri bukanlah satu kemenangan untuk golongan seks songsang.

Namun begitu, apa yang peliknya adalah golongan tersebut meraikannya seolah-olah ia bagaikan suatu kejayaan besar.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad mempersoalkan, apakah mereka ini tidak memahami sistem perundangan negara.

“Mereka meraikannya bersungguh-sungguh kerana mereka memang pendek akal. Tak faham undang-undang dunia.

“Dan yang lebih malang tak faham undang-undang akhirat!,” katanya sinis dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang Syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.

Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum, adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen yang diluluskan itu juga bertentangan dengan Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Seksyen 28 tidak konsisten dan tidak sah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button