Artikel Khas

Rakyat masih ternanti-nanti arah tuju negara

Tiada penjelasan, yang jelas hanya politik kuasa semata

ANTARA CIRI utama pemimpin ialah dia mesti mempunyai visi yang jelas dalam membangunkan negara.

Pemimpin yang tidak ada visi seolah-olah seorang yang berjalan di satu lorong yang gelap. Kalau pemimpin meraba-raba begitu mana mungkin dia boleh memimpin dan mengarahkan rakyat kepada sesuatu matlamat.

Sebaliknya jika seorang pemimpin yang jelas arah tujunya bukan sahaja akan mampu menyediakan jalan penyelesaian tetapi boleh memberikan motivasi kepada seluruh rakyat. Rakyat akan rasa terpandu dan merasai mereka adalah sebahgian dari perjuangan mengangkat negara.

Kalau kita teliti sejarah Rasulullah S.A.W, kita dapat lihat bagaimana Baginda memberikan visi yang jelas kepada para sahabat dan ini memberikan keyakinan dan komitmen perjuangan dalam kalangan para sahabat.

Persoalannya, adakah pemimpin negara kini dan sebelum ini mempunyaj visi yang jelas? Setakat kita masih ternanti-nanti ke mana arah tuju negara? Tidak ada apa-apa penjelasan dan penerangan sebaliknya hanya politik kuasa semata.

Kepimpinan yang tidak tahu ke arah mana mahu dituju hanya akan menghumban negara ke jurang kehancuran. Rakyat mesti tuntut dari parti yang sedang memerintah atau yang akan memerintah membentangkan agenda mereka untuk negara secara serius.

Jika tidak rakyat, harus humban mereka ke dalam gaung. Renungkanlah !!!

Haji Aminuddin Yahaya
Perunding Kanan Politik dan Perundangan ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button