Berita UtamaDunia

Zionis lepas tembakan surai protes antipendudukan di Ramallah

Turut lepas gas pemedih mata, halang petugas media WAFA

RAMALLAH, 14 Rejab 1442H, Jumaat – Tentera rejim pengganas Israel menggunakan kekerasan bagi menyuraikan tunjuk perasaan antipendudukan di kampung Deir Jarir, timur bandar Ramallah, menurut sumber tempatan.

Sumber mengesahkan, pasukan tentera Zionis menyuraikan tunjuk perasaan yang membantah pembinaan penempatan penjajah Israel yang baharu di kawasan tanah lapang di Jabal Sharafeh – yang merupakan milik penduduk kampung Deir Jarir.

Tentera melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan serta mengakibatkan sebahagian daripada mereka menderita akibat terhidu gas pemedih mata.

Selain itu, pihak tentera juga menghalang kerja kru media WAFA, memeriksa kad pengenalan dan memintas kenderaan mereka.

Kira-kira dua bulan lalu, para peneroka mendirikan khemah serta tangki air dan mula merobohkan tanah Palestin di kawasan itu sebagai permulaan untuk pembinaan pos penjajahan baru.

Lebih daripada 700,000 peneroka Israel tinggal di penempatan penjajah Yahudi di Tebing Barat yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Israel menduduki Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Baitulmaqdis Timur dan Dataran Tinggi Golan selepas perang 1967, dan sejak itu telah membina ratusan penempatan haram Yahudi di seluruh wilayah yang dijajah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button