Berita Utama

Yayasan Ikhlas sumbang barang keperluan kepada mangsa bencana di Kedah

Sukarelawan bantu cuci selut dalam kediaman mangsa

YAN, 13 Muharram 1443H, Ahad – Banjir kilat yang melanda beberapa kampung dan perumahan di kawasan kaki Gunung Jerai di Yan dan Kuala Muda pada Rabu, bukan sahaja merosakkan kediaman penduduk sekitar malah menjejaskan ternakan mereka.

Menurut Shahidan Hassan, 52, rumah yang didiaminya sejak kecil mengalami kerosakan susulan banjir kilat – kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai.

Selain itu, pendapatan penternak kambing itu turut terjejas apabila kira-kira 30 ekor kambing yang diternaknya hanyut dibawa arus banjir.

Katanya, hanya lapan ekor kambing yang ditemui pada hari keesokannya, namun seekor daripada haiwan ternakan itu mengalami kecederaan.

Atas rasa peduli dan prihatin, Yayasan Ikhlas menyumbang pek makanan asasi, ubat-ubatan dan wang tunai bagi membantu meringankan beban Shahidan.

Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, para sukarelawan turut membantu mencuci selut di dalam kediamannya.

“Tatkala berdoa beramai-ramai, beliau jelas sebak dengan ujian ini dan dengan sumbangan bantuan yang sampai kepadanya.

“Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik buatnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button