Berita UtamaIstimewa

PN menang besar di Kedah, peroleh 33 daripada 36 kerusi

Sanusi pertahankan kerusi DUN Jeneri, perolehi majoriti 16,050 undi

KUALA LUMPUR, 26 Muharram 1445H, Ahad – Perikatan Nasional (PN) dapat membentuk kerajaan negeri Kedah selepas memperolehi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, PN telah memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Kedah.

“Dengan ini (PN) berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan (di Kedah),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR, di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang merupakan Pengerusi PN Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya, dengan memperolehi majoriti 16,050 undi.

Muhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri akan mengumumkan Ahad sebagai cuti peristiwa sekiranya PN menang dalam PRN. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button