Dunia

Rakyat Lubnan tidak boleh keluar wang dari bank sejak 2019

Krisis bermula 17 Oktober ketika tunjuk perasaan besar-besaran

BEIRUT, 15 Rejab 1442H, Sabtu – Tuduhan bahawa pihak berkuasa Lubnan menyeludup wang ke luar negara mencetuskan kemarahan meluas masyarakat, apabila timbul dakwaan rakyat negara itu tidak dapat mengeluarkan wang dari bank sejak 17 Oktober 2019.

Ekoran tunjuk perasaan pada 2019 akibat krisis kewangan, bank mengetatkan had pengeluaran mata wang asing kepada AS$200 – AS$300 seminggu. 

Namun, ketika pandemik COVID-19 mula menular, pengeluaran tunai dari akaun berkenaan dihentikan sepenuhnya, dan menetapkan pula had untuk mata wang tempatan. 

Ahli ekonomi Lubnan berkata, bank memberikan wang milik pelanggan kepada Bank Pusat dan seterusnya ditawarkan deposit pinjaman kepada negara yang tidak mampu untuk dibayar balik hutang itu.

Peguam yang juga Pengasas Kesatuan Pendeposit Lubnan, Dina Abou Zour berkata, krisis itu didedahkan apabila berlaku tunjuk perasaan besar-besaran pada 17 Oktober 2019.

Beliau berkata, bank telah menghadapi krisis kewangan kerana kekurangan mata wang asing dan dengan itu tidak dapat membayar deposit dalam akaun dolar. 

Katanya, bank mengenakan sekatan pada akaun deposit mata wang asing untuk menguruskan keadaan dan sekatan diperluas secara berperingkat termasuk bagi akaun lira Lubnan.

Hasil daripada dasar monetari yang dilaksanakan Gabenor Bank Pusat, Riad Salameh, orang ramai tidak dapat mengeluarkan wang walaupun untuk akaun mata wang tempatan, katanya.

“Saat ini ada nilai pertukaran yang berbeza di negara ini. Salah satunya adalah kadar rasmi uanh ditentukan oleh Bank Pusat adalag 1,500, sementara untuk bank (3,900) dan kadar diperdagangkam dalam pasaran gelap (9,300).

“Oleh itu, walaupun pengeluaran dibolehkan dari bank, kadar pemotongan dikenakan kerana kadar pertukaran berbeza,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button