Berita Utama

Muafakat Nasional perlu rundingan berulang kali tanpa had

Musuh perpaduan sentiasa wujud, mengintai dan menyelinap

BANGI, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Semua pihak yang membentuk Muafakat Nasional (MN) diminta konsisten melakukan rundingan berulang kali tanpa had bagi memastikan perpaduan yang dipupuk dapat dicapai.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kunci perpaduan adalah berunding dan mesti dilakukan berulang kali dan tiada had.

“Begitulah nyawa Muafakat Nasional. Siapa yang merosakkan rundingan, dialah yang paling gagal dan harus dicela.

“Seruan saya, terus berunding. Ia tanda keikhlasan diri dan cinta umat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau menegaskan, individu yang merosakkan rundingan akan memberi keuntungan kepada pihak musuh.

Ini kerana, perpaduan memerlukan pemupukan dan penjagaan yang berterusan.

Beliau percaya, musuh perpaduan sentiasa wujud, mengintai dan menyelinap dari sudut dan lorong yang terabai.

“Kegagalan kekerapan rundingan kerapnya adalah kerana perunding yang lemah karektor dan diplomasinya.

“Paling teruk, melihat menghentikan perundingan sebagai jalan terbaik. Ia kejayaan buat musuh. Matlamat dibakar dan keikhlasan membenih nifak,” katanya.

Sehingga kini, status gabungan Muafakat Nasional masih menjadi tanya tanya.

Gagasan berkenaan yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada kesatuan Melayu, terus tenggelam gara-gara krisis politik yang tidak berkesudahan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button