Dunia

Seorang rakyat Palestin terbunuh, 15 lagi cedera di sempadan Gaza

Tentera Israel lepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan

GAZA, 25 Muharram 1443H, Jumaat – Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, pasukan tentera menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sempadan wilayah timur Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Ahmed Mustafa Salih, 26 tahun dari Kem Pelarian Jibaliya wilayah utara Gaza terbunuh akibat terkena tembakan. Kanak-kanak dilaporkan antara 15 yang cedera.

Berkumpul di bawah gerakan “unit night confusion” bagi hari keenam, pemuda Palestin mengadakan tunjuk perasaan membantah sekatan Israel, bertindak membakar tayar kereta dan melemparkan bom bunyi di beberapa sempadan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button