Dunia

COVID-19 dipercayai merebak di China seawal Oktober 2019: Kajian

Republik itu didakwa cuba hapus data bukti asal-usul kewujudan virus

SHANGHAI, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Virus yang menyebabkan pandemik COVID-19 berkemungkinan sudah mula merebak di China seawal Oktober 2019, dua bulan sebelum kes pertama dikenal pasti di bandar Wuhan, menurut satu kajian. 

Penyelidik dari Universiti of Kent Britain menggunakan kaedah dari sains pemuliharaan untuk menganggarkan bahawa SARS-CoV-2 muncul pertama kali dari awal Oktober hingga pertengahan November 2019. 

Kajian itu menganggarkan bahawa tarikh yang paling hampir sewaktu virus itu muncul adalah pada 17 November 2019 dan mungkin telah merebak ke seluruh dunia pada Januari 2020. 

Kes pertama COVID-19 secara rasmi dilaporkan di China adalah pada bulan Disember 2019 yang mengaitkan dengan pasar makanan laut di Wuhan Huanan. 

Bagaimanapun, beberapa kes awal tidak diketahui hubungannya dengan Huanan, yang membayangkan bahawa SARS-CoV-2 sudah beredar sebelum sampai ke pasar. 

Kajian bersama yang diterbitkan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui kemungkinan terdapat jangkitan sporadik manusia sebelum wabak di Wuhan. 

Dalam kajian Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson di Seattle, data menunjukkan bahawa sampel yang diambil dari pasar Huanan tidak mewakili SARS-CoV-2 secara keseluruhan. 

Banyak pihak menyifatkan penghapusan data adalah bukti bahawa China berusaha menutup asal-usul virus COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button