Berita UtamaDunia

18 penunjuk perasaan di Myanmar maut ditembak

Pihak berkuasa lepas tembakan lerai bantahan rampas kuasa

YANGON, 17 Rejab 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh semalam, selepas pihak berkuasa Myanmar melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan bagi meleraikan protes membantah rampasan kuasa tentera.

Anggota penyelamat memberitahu AFP bahawa tiga penunjuk perasaan ditembak mati di bandar Dawei, selatan Myanmar manakala dua lagi – remaja – maut di pekan Bago.

Seorang Ahli Parlimen kerajaaan awam dalam catatan di Facebook berkata, penunjuk perasaan keenam maut di Yangon.

Foto di media sosial menunjukkan beberapa orang yang cedera di Yangon diangkat oleh penunjuk perasaan yang lain, meninggalkan kesan darah permukaan jalan.

Seorang doktor yang enggan dikenali berkata, seorang lelaki meninggal dunia selepas tiba di hospital dengan peluru di dada.

Keadaan di Myanmar tegang sejak tentera merampas kuasa dan menahan pemimpin kerajaan dipilih, Aung San Suu Kyi dan sebahagian besar kepemimpinan partinya pada 1 Februari atas tuduhan menipu undi ketika 8 November.

Rampasan kuasa – yang menghentikan langkah tentatif menuju demokrasi setelah hampir 50 tahun pemerintahan tentera – telah menarik ratusan ribu orang ke jalanan di bandar seluruh negara dan kecaman negara-negara Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button