Berita UtamaDunia

Jordan kecam pencabulan berterusan Israel ke atas Al Aqsa

Tegaskan masjid tersebut tempat ibadah 'untuk orang Islam sahaja'

AMMAN, 17 Rejab 1442H, Isnin – Jordan mengecam pelanggaran berterusan di Masjid Al Aqsa dengan kejadian terbaharu polis Israel membenarkan ratusan pelampau masuk ke dalam masjid pada awal hari semalam, bagi meraikan perayaan Yahudi.

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan, Deifallah Fayez berkata, pencabulan berterusan itu merupakan pelanggaran yang jelas terhadap status quo undang-undang dan sejarah, undang-undang antarabangsa dan komitmen Israel.

Difahamkan tindakan Israel itu berlaku ketika media negara berkenaan mendakwa Menteri Pertahanan, Jeneral Benny Gantz mengadakan pertemuan tanpa pengumuman dengan Raja Jordan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Jordan belum memberikan komen mengenai isu berkenaan dan media agak senyap, kecuali beberapa platform menerbitkan semula laporan media Israel.

Dalam pada itu, pegawai Jordan menegaskan bahawa Masjid Al Aqsa adalah tempat ibadah ‘untuk orang Islam sahaja.’

Sehubungan itu, beliau menggesa Israel menghentikan pelanggaran dan provokasi yang dilakukan.

Pegawai itu juga mendesak masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan pelanggaran berterusan di masjid tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button