Berita Utama

Kerajaan tumpu pelaksanaan dasar pendidikan digital

Sediakan generasi fasih digital kuasai pengetahuan, kemahiran

PUTRAJAYA, 17 Rejab 1442H, Isnin – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital dengan tiga tujuan utama termasuk menyediakan generasi fasih digital yang mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran digital serta berupaya menghasilkan inovasi menggunakan teknologi digital.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain itu, dasar tersebut juga memberi tumpuan untuk meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional pihak berkepentingan berkaitan kepimpinan serta pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan.

“Tujuan ketiga adalah merapatkan jurang digital bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni,” katanya pada majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin sempena genap setahun beliau menerajui kerajaan.

Turut hadir ialah barisan Kabinet termasuk Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin serta ketua-ketua jabatan kerajaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button