Berita Utama

Setahun PN: Tiba masa kerajaan peka hal Melayu, Bumiputera

Perbalahan politik hanya sebabkan rakyat menderita

BANGI, 17 Rejab 1442H, Isnin – Masih banyak perkara perlu diselesaikan oleh kerajaan setahun jagung Perikatan Nasional (PN) dalam usaha membela nasib rakyat yang kini terumbang-ambing akibat daripada pandemik COVID-19.

Dalam hal ini, kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu lebih peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat.

Oleh yang demikian, Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berharap, pemimpin politik tidak lagi berbalah kerana kesannya kelak bakal dirasai rakyat yang tidak berdosa.

Selain itu, beliau merasakan, orang Melayu dan Bumiputera merupakan pihak paling terjejas akibat daripada kemelut kesihatan tersebut yang memberi tempias buruk kepada suasana ekonomi serta kestabilan politik negara.

“Selepas setahun kerajaan PN kita bersyukur kerana negara masih berada dalam keadaan aman dan boleh menjalani kehidupan walaupun ada sesetengah yang menghadapi kesukaran disebabkan masalah ekonomi.

“Syukur juga kerana pandemik masih terkawal dan kini vaksin sedang dijalankan. Harap ia dapat menyelesaikan isu ini segera.

“Penjanaan ekonomi harus lebih mengesani setiap rakyat dan berjangka panjang. Nasib Melayu dan Bumiputera paling terjejas dan ini mesti mendapat perhatian utama kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Aminuddin mendoakan, agar rakyat terus tabah dan tidak mudah tunduk dengan permasalahan yang menimpa mereka pada ketika ini.

“Kepada rakyat, moga kita semua tabah dan terus berusaha dan tidak mudah menyerah kalah dengan keadaan yang dihadapi.

“Ini isu dunia bukan saja negara. Banyak berdoa dan munajat agar pandemik ini segera dapat diatasi,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button