Berita Utama

Tiada Ordinan Darurat bolehkan PM kekal berkuasa

Perintah darurat diisytiharkan tamat tempoh pada 1 Ogos tahun ini

PUTRAJAYA, 17 Rejab 1442H, Isnin – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan tidak ada satu pun ordinan yang diperkenalkan di bawah Proklamasi Darurat bertujuan membolehkan perdana menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

Malah katanya perintah darurat yang sedang dilaksanakan itu juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos tahun ini.

“Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat… saya sedar dan saya faham maksud demokrasi,” katanya pada majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung menerusi platform media hari ini.

Muhyiddin berkata sejak darurat berkuat kuasa, Yang di-Pertuan Agong telah memasyhurkan tiga ordinan, iaitu Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Beliau berkata kesemua ordinan itu bertujuan membolehkan kerajaan menangani pandemik COVID-19 dengan lebih cekap dan berkesan, termasuk menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing yang menjadi antara punca utama penularan COVID-19 dalam negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button