Berita Utama

Wanita hamil, cuba mengandung layak dapat vaksin: Dr Adham

Perlu rujuk doktor bagi kenal pasti keperluan suntikan berdasarkan tahap kesihatan

PUTRAJAYA, 17 Rejab 1442H, Isnin – Wanita hamil atau dalam proses untuk mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar atau doktor masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19, bersandarkan tahap kesihatan masing-masing.

Katanya, beliau maklum mengenai kegusaran yang timbul berikutan data ujian klinikal Pfizer menunjukkan wanita hamil berdepan risiko keguguran.

“Dalam ujian yang dilaksanakan, antara vaksin dan placebo, ada segelintir individu yang menyertai ujian klinikal Pfizer sebelum ini tidak mengetahui mereka sebenarnya mengandung.

“Apa yang berlaku ialah, dua daripada 23 sukarelawan mengalami keguguran secara spontan. Justeru, data klinikal mengenai kontraindikasi (sebarang keadaan yang menandakan ketidaksesuaian suatu bentuk rawatan) ada disertakan.

“Oleh itu, yang nak dapatkan suntikan imunisasi COVID-19 tetapi mengandung, mereka sebenarnya layak dapat vaksin tetapi perlu hubungi pakar dan doktor masing-masing. Ini bagi menentukan mana yang lebih bahaya bagi wanita hamil atau cuba mengandung, sama ada COVID-19 atau kandungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), di sini, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button